Wednesday, June 24, 2009

Dugaan Cosmopoint

Nampaknyer laluan unuk aku bersatu sekeluarga bukannyer mudah. Tiba2 offer letter aku direject oleh datuk. Sebabnyer mudah, pointer aku bawah 3. Hati & perasaan aku waktu menerima berita itu tak tau nak digambarkan bertapa sedih dan hampa. Terutama bila mengenangkan isteri dan anak2 perasaan sedih menjadi lebih perit tak terkata. Tapi Puan Adila masih mempertahankan keputusan dia memilih aku. Insyaalah dia akan cuba sebaik mungkin untuk menjelaskan kepada datuk kenapa dia memilih aku. Dengan berbekalkan pengalaman yang aku ada, aku berharap sangat moga2 datuk akan merubah keputusan yg dibuat sebelom ini. Aku dan isteri tersayang tak putus2 berdoa kepada tuhan yang esa semoga datuk akan memilih aku untuk bekerja di sana. " Ya Allah, kepada Mu aku memohon,kepada Mu aku meminta, kabulkan la harapan ku supaya dapat diterima bekerja di cosmopoint ipoh, supaya aku sekeluarga dapat hidup bersama, Engkau la maha pemurah dan maha mengasihani" Amin.

Saturday, June 20, 2009

Cosmopoint semakin hampir

Khamis lepas Pn Adila (principal cosmopoint ipoh) call aku. Tengok no pangkal 04 dah cukup buat aku gembira. Iyer !!! aku diterima bekerja di sana. Tercapailah hasrat aku dah isteri untuk hidup bersama setelah setahun lebih terpisah. Syukur alhamdulillah. Tapi offer letter dijangkakan siap hari isnin ataupon selasa. So surat resign letter hanya akan aku hantar setelah offer letter tu betul2 aku terima. Harap2 gaji yang aku minta dipersetujui oleh management cosmopoint. Jika benar semuanyer berjalan lancar aku akan mula bekerja di cosmopoint ipoh pada 20hb July 2009. So kalau dikira dari sekarang lebih kurang sebulan je lagi. Tak sabar rasa nyer.. yabedabedu...hehhehehe

Sunday, June 14, 2009

Cosmopoint

Baru2 ni aku turun ipoh untuk interview di Kolej Teknologi Cosmopoint. Kebetulan classmate aku di Uitm melaka (Jannah) pon turut sama datang untuk interview jawatan yang sama. Tak tahu la macamana nanti, terpulang la pada allah untuk menentukan rezki siapa untuk jawatan itu. Aku interview untuk jawatan Finance Aid Cum Credit Controller Executive. Aku orang pertama di interview pagi tu. Puan Adila merupakan principal cosmopoint cawangan ipoh. Dialah yg interview aku. Instict aku macam dapat je untuk jawatan itu. Bukan aper cara percakapan dan perbincangan antara aku dan puan adila adalah begitu lancar dan setiap point yg kami bincangkan begitu match sekali. Insyaalah dengan izin tuhan aku akan dapat pindah ke ipoh dan tinggal bersama keluarga tercinta dalam masa terdekat nie. Amin