Saturday, May 16, 2009

Aquaria KLCC















































































Hari nie kami sekeluarga pegi Aquaria KLCC. Kami sampai dalam pukul 12.00 tengahari. Orang agak ramai jugak waktu kami tiba. Nain adalah orang yg paling gembira sekali sebabnyer dia dapat pegi jalan2. Ticket untuk dewasa RM28.Kanak2 bawah 3 tahun free & atas 3 tahun RM22. Actually kalau kepada pemegang kad mesra boleh dapat discount 10% lagi. Tapi kitaorang tahu lepas dah balik dari sana. Rugi RM5.60. Aquaria terbahagi kepada beberapa bahagian. Di permulaan selepas counter ticket kita akan berjumpa dengan aquarium ikan piranaSeperti yg kita tahu ikan pirana ialah spesis yg ganas dan berbahaya.JIka bernasib baik dan kena pada masanyer kita akan lihat bagaimana ikan pirana menjamu selera.Pihak aquaria telah menetapkan masa untuk memberi ikan2 ini makan.Selepas itu kita akan melalui kawasan yg mempunyai spesis seperti ular,iguana,katak dan juga beberapa spesis kura2 yg jarang2 kita temui. Selepas itu ika akan turun ketingkat bawah yg mana menempatkan aquarium yg penu dengan ikan2.Sewaktu kita turun dari tangga kita akan melihat satu aquarium berbentuk balang yan tingginya 2 tingkat bangunan.Didalam nya penuh denan spesis ikan air tawar. Antaranya seperti ikan lampam,kelisa,keli.Betul2 selepas turun dari tangga itu kita akan melalui kawasan aquarium yg menempatkan spesis dari hutan hujan amazon.Di sini ikannya cukup menarik & besar.Yg paling menarik ialah ikan arapaima.Saiznya memang besar. bersebelahannya pula ditempatkan pula ikan2 air tawar dari malaysia sendiri.Kawasan yg berikutnya pula ialah kawasan kolam yg lebih terbuka. Disini lah buat pertama kalinya kami melihat ikan pari membuat aksi ala2 rempit.Dimana ikan pari ini berenang laju dan mengambil corner dengan melencongkan badan sehingga sebahagian sayap pari itu terkeluar dari permukaan air.Aksi ini dilakukan oleh berberapa ekor pari.Kelakar betul kami melihat aksi pari tue. Selepas itu kami meneruskan perjalanan kebahagian yg paling menarik sekali iaitu aquarium air masin. Pengunjung akan melalui terowong sepanjang 90 meter sambl menikmati pemandangan bawah air. Ikan yg pertama sekali yg menyambut ketibaan kami ialah ikan jerung.Panjang aku rasa ada dalam 3 meter dengan barisan gigi yg tajam.Betul2 jerung itu berenang diatas kepala kami. Byk spesis2 ikan yg majoritinyer bersaiz jambo. Antaranya ikan pari,pelbagai jenis,ikan selar,kerapu,jerung bodoh,ikan ebek,penyu,ikan2 bewarna warni dan mcm2 la.sampai nama ikan itupon aku tak pasti.Kesimpulannya aku memang berpuas hati dengan aquaria.Bukan saja dengan spesis2 ikan yg ada tetapi kemudahan & kebersihan juga boleh diberi 4 bintang setengah. Kiranya boleh rekemen la. Di sini aku ada paparkan beberapa gambar untuk tatapan korang.

No comments: